Jul 10, 2009

betol kata² dia..

td tgh aku rehat dari kerja, tibe² teringat si dia. dia pernah kata dulu " takde sape bole sayang u mcm i sayang u tau & takde sape bole phm perangai u mcm i phm u"
skg pun dah terbukti. takde sape mcm dia.. kesilapan yg tak bole dielakkan. klau aku jumpe lampu aladdin, aku nk mintak dia kasi aku pergi 3-4 tahun yg lpas. bestnya! so aku bole tebus kesilapan aku.

hanya kau yg mampu takluki hatikuuuuuuuuuu.. aku cintaaaaaaaaaaaa.. OOooo.

Bijakkah Kerajaan Kita?

1. Satu tindakan yang bijak daripada Kerajaan.

2. Kerajaan melalui Menteri Pelajaran, Dato' Seri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Matapelajaran Sains dan Matematik akan diajarkan menggunakan bahasa ibunda pelajar masing-masing.

3. Tindakan ini bijak kerana boleh menyambung kelangsungan politik UMNO dengan mendapat sokongan orang-orang Melayu di kampung pedalaman yang hanya boleh bercakap dan faham dalam Bahasa Melayu.

4. Dan bijak kerana boleh menyambung kelangsungan politik Barisan Nasional dengan mendapat sokongan segelintir orang-orang bukan Melayu di bandar-bandar besar yang tidak suka dasar PPSMI ini kerana taksub dengan bahasa ibunda masing-masing.

5. Bijak kerana Kerajaan mendengar keluh kesah segelintir warga pendidik yang malas. Malas hendak belajar Bahasa Inggeris walaupun mereka boleh dengan segala kemudahan dan peralatan yang disediakan. Malas untuk mendidik anak-anak kita menggunakan bahasa utama Sains dan Teknologi.

6. Bijak juga kerana kita mendengar rengekan segelintir anak-anak Melayu yang manja di kampung-kampung kerana mereka tidak faham bila diajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Merengek untuk mendapat A dalam matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di kampung tetapi mati minda apabila berpindah ke Universiti atau Matrikulasi dan kelu lidah di majlis-majlis ilmu untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan bangsa-bangsa asing.

7. Keputusan telah pun dibuat. Lagipun, kerajaan telah memaklumkan keputusan ini berdasarkan kajian menyeluruh yang dibuat selama 6 tahun. Mesti banyak fakta dan data telah diterima oleh Kementerian.

8. Tapi, fakta apa? Dan data siapa?

9. Ini kerana jika kita rajin membaca tulisan-tulisan pembaca akhbar Utusan Malaysia (golongan pembaca Melayu dari bandar dan kampung) dan akhbar The Star (golongan pembaca Cina, India dan Melayu dari bandar), kita dapat rasakan satu sokongan padu terhadap dasar PPSMI ini. Ini menunjukkan juga pihak akhbar amat mendokong dasar ini.

10. Jadi di mana silapnya? Adakah Kementerian mendengar maklumat dari pihak yang salah dan berkepentingan, seperti contoh, pihak yang menjuarai isu memartabatkan Bahasa Melayu tetapi tidak membuat apa-apa ke arah itu?

11. Tanya saja kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Apa peranan mereka untuk memartabatkan keilmuan di dalam Bahasa Melayu selama 50 tahun Malaysia merdeka? Berapa banyak buku-buku ilmiah dan bukan ilmiah yang diterbitkan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu?

12. Tanya saja kepada pihak IPTA. Berapa banyak pula buku ilmiah yang diterbitkan di dalam Bahasa Melayu yang boleh diguna pakai oleh budak-budak Melayu di kampung-kampung untuk mempelajari ilmu Sains dan Teknologi.

13. Ataupun adakah suara rakyat yang diluahkan melalui akhbar-akhbar tidak dihiraukan oleh kerana mereka ini hanyalah rakyat biasa yang sudah boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris hasil pelaksanaan dasar PPSMI tersebut?

14. Bijakkah Kementerian Pelajaran kita?

*I am supporting the current government BUT not over this matter. Sorry, I have to say NO and PLEASE revert back to PPSMI.

Thanks.




Jun 18, 2009

tagged

tagged from cikolynabilaaziz

1) Bekas kekasih saya – alyssa bernal. tak caye? sudah!

2) Saya sedang mendengar – org tgh berbual disbela.

3) Mungkin saya patut – chill out dgn kwn2 sbb dah lame tak buat mcm tu.. maklum la sebok ngan keje

4) Saya suka – nescafe o ais. bole?

5) Sahabat-sahabat saya – mereka tau siapa mereka.. mocking crew. khekhe. fak u all.

6) Saya tak faham – kenapa scoot aku mesti buat hal time dpt gaji. adoiyai.

7) Saya kehilangan – duit rm75.36 dlm akaun bank aku. fak kepala harimau. mane ntah ilang. ah biarlah. bkn rezeki.

8) Ramai yang berkata – "bdn kaw dah susut", "kaw dah kurus skit dah, sakit ke?" .. kenyataan ok?

9) Cinta itu adalah – asyik!

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – meneruskan kehidupan mereka sebagai hamba Allah.

11) Saya akan cuba – menjadi wayne rooney @ nemanja vidic.

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – aku sayang mak aku SELAMANYA!!

13) Telefon bimbit saya – nokia 5610

14) Bila saya terjaga – terus check misscall/text kat phone.

15) Saya paling meluat – dengan penyokong liverpool, chelsea dan arsenal. mereka poyo.

16) Pesta/parti adalah - maksiat.

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – kucing aku kot. haha.

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – 19 thn kot. time tu la aku digelarkan " dd kasanova " . khekhekhe.

19) Hari ini – hari khamis. esk hari jumaat. lusa hari sabtu. ok?

20) Malam ini saya akan – mlm ni ek? xtau nk buat ape. klau ade bini best jgk la. mlm wajib nie.

21) Esok pula saya akan – esok? suprise!! siap la kaw &@&#..

22) Saya betul-betul inginkan – seekor honda jazz. bole ke guna seekor?

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – adoi. bile nk hilang bekas chicken pox nie. ade sebijik je lagi nie. yg lain dah ilang.. terima kasih loreal for men. ecey.

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – tentu laa shopping complex. arked permainan tu ape ek?

25) Makanan Barat atau Jepun? – barat la. jepun semua x masak kan? mcm sushi.

26) Bilik yang terang atau gelap? – nk kate gelap x gelap. nk kate terang x terang.. samar2 la.

27) Makanan segera adalah – it's finger lickin' good.

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – "apit, ade hotlink vip number x?"

29) Siapa yang anda ingin tag: sesiapa yg bkk blog aku dah bace tagged nie. ha buat jgn x buat. arios!!